Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Pusaka Hanafi) mengorak langkah maju ke hadapan dalam arus modenisasi dan teknologi ICT dengan pelancaran apps MySilat ini. Aplikasi MySilat adalah sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun dari Google Play dengan sistem operasi Android 2.3 ke atas dan dari Apple AppStore atau iTunes dengan sistem operasi Apple IOS 6.0 ke atas. Ianya boleh dimuat turun secara percuma dengan menggunakan telefon pintar atau komputer tablet serta turut tersedia di dalam format html5 dan boleh dilayari melalui sesawang http://apps.mysilat.org//app/landing/858944 menerusi standard browser sistem operasi Windows 8 atau Blackberry OS.
Menerusi apps MySilat, pengguna boleh mendapatkan informasi program-program di dalam Kalendar Perayaan 50 Tahun Silat Cekak, kaedah pendaftaran dan pembayaran (jika berkaitan), terutamanya acara utama MySilat iaitu persembahan silat oleh 50,000 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi pada 29/8/2015, cubaan untuk memecahkan rekod dunia Guiness bagi kategori “The Largest Martial Art Display”.
Apps ini juga menyediakan akses pantas (bergantung pada kelajuan Internet) kepada pengguna untuk menjejaki Silat Cekak Pusaka Hanafi di laman khidmat sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. Ia turut tersedia dengan perkhidmatan push notifications untuk pengguna mendapatkan notifikasi pantas berkaitan software updates atau info terkini berkaitan Silat Cekak Pusaka Hanafi.
Pengguna juga boleh mendaftarkan diri untuk menyertai Silat Cekak Pusaka Hanafi, membuat Permohonan Pembukaan Kelas baru dan lain-lain. Applikasi ini turut menyediakan pautan terus ke laman sesawang rasmi Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Silat Cekak Pusaka Hanafi.
Aplikasi mobile MySilat ini sesuai digunakan tidak terhad kepada Ahli sahaja malah boleh digunakan oleh para profesional, akademik, tokoh-tokoh masyarakat, ibu bapa dan semua golongan. Semoga dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah di-email ke [email protected]